Personaliti Ahli Syurga... kisah benar yang menyayat hati...
Firman Allah SWT:
وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ
"Dan (ketika Rasul-Rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung kota dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Ikutlah Rasul2 itu" [Q.S. Yaa Sin: 20]
Penjelasan ayat:
1.Imam Ibn Katsir dalam kitab tafsirnya menyatakan Lelaki yang berlari dari hujung kota itu ialah Habib An-Najjar. Dalam Tafsir At-Tobari juga Tafsir Jalallain turut menyatakan bahawa pemuda itu bernama Habib An-Najjar. Beliau juga diberi gelaran صاحب يس (Jejaka Surah Yasin). Beliau dikatakan tinggal di Kota Antokiyah atau kini dikenali sebagai Antioch di Turki.
2.Kisah bermula apabila utusan2 Nabi Isa A.S tiba di kota Antioch, penduduk kota itu meragui status mereka sebagai utusan yang membawa mesej dari Tuhan. Utusan2 itu dikecam agar berhenti atau mereka akan direjam dan diseksa.
Tatkala situasi tegang, datanglah seorang lelaki dari hujung kota lalu berkata kpd kaumnya:
"Ikutilah rasul rasul itu! Ikutilah mereka yang tidak mengharapkan sebarang upah (balasan), sesungguhnya mereka itu diberi petunjuk."- Yaasin 20-21
Tindakan lelaki itu telah menyebabkan kaumnya marah lalu dia diseksa oleh kaumnya sehingga mati.
3. Kisah Habib An-Najjar itu tidak berhenti di situ. Allah menceritakan perihal beliau sesudah nyawanya diambil - beliau dikurniakan nikmat Syurga - (Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah Engkau ke dalam Syurga." Beliau berkata, "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -Tentang perkara yang menyebabkan aku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang yang dimuliakan." -Yasin: 26-27
Pengajaran Kisah..
1.Mengajak orang kpd kebenaran bukannya mudah. Dilabel gila, sesat, pemecah belah masyarakat bukan berlaku baru baru ini sahaja. Ummat terdahulu telah melaluinya. Kebiasaanya berakhir dengan penyiksaan dan kematian. Demikian sunnah dalam berdakwah.
Maka kalau pd hari ini setakat disekat bceramah dituduh bukan Ahli Sunnah dilebel dgn lebel yang buruk jangan rasa tertekan sangatlah.
2.Pembawa ajaran Rasul tidak mengharapkan apa apa balasan atau Upah dalam mengajak orang kpd kebenaran. Begitu juga sebaliknya, jangan kita mengharap sebarang balasan dalam berbuat baik dalam memberi nasihat kepada orang, semoga kita tergolong dari mereka yang diberi petunjuk.
3.Sebak membaca pesanan Habib anNajjar di Syurga. Walau dia diseksa oleh kaumnya yang degil dan sombong dia tetap mengharapkan mereka beriman dgn ajaran rasul. Setelah disuruh masuk ke dalam Syurga dia menyatakan betapa untungnya sekiranya kaumnya tahu apa yang dia dapat.
Dalam ayat berikutnya Allah menceritakan:
إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ
(Akibat degil dan sombong tak mahu ikut juga ajaran rasul mereka dibinasakan) hanya dengan satu pekikan (yang dahsyat), dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi." [Q.S Yaasin ayat 29]
Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran buat kita..
Allahua'lam
No comments:
Post a Comment