Search This Blog

Tazkirah: Teruskan Beramal Selepas Ramadhan

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin (kematian)"[Surah al-Hijr 99]

#Ramadhan, bulan beramal telah pun berlalu. Namun perlu diingat bhw amalan seseorang mukmin itu sesekali tidak akan berhenti. Bahkan ia wajib dan perlu dilaksanakan sehinggalah tiba ajalnya.

#Terdapat 3 kategori manusia apabila berlalunya Ramadhan:

1. Ada manusia yg gembira dgn berlalunya Ramadhan. Ini krn ia merasakan Ramadhan satu bebanan utknya. Bila Ramadhan berlalu maka dia tidak lg perlu menahan lapar dan dahaga serta tidak lg perlu lama2 berada di masjid utk solat terawih dll.

2. Ada manusia yg bersedih hati mengenangkan berlalunya bulan yg penuh dgn kebaikan dan ganjaran. Berlalunya bulan yg di dlmnya penuh dgn rahmat dan keampunan.

3. Ada yg gembira krn dia telah pun berjaya membersihkan dirinya drp dosa2 dan Ramadhan menjadi titik tolak utk dia berubah menjadi insan yg soleh serta meneruskan amal2 selepas Ramadhan dgn berharap agar bertemu lg dgn Ramadhan pd thn hadapan.

#Sbg insan yg perlu meneruskan amal maka:

1. Pastikan amalan berpuasa sunat diteruskan slps berlalunya Ramadhan.
2. Pastikan solat2 sunat dan qiamullail menjadi amalan harian sehinggalah kita bertemu dgn Allah.
3. Pastikan amalan bersedekah diteruskan agar menjadi aset utk kita gunakan slps mati.
4. Pastikan rumah2 Allah, masjid dan surau tidak sunyi dan kosong drp dimakmurkan krn tanda org yg beriman ialah sentiasa memakmurkan rumah Allah swt.

♡Jom teruskan beramal soleh dan gandakan ibadah serta lakukan perkara2 kebajikan selepas Ramadhan. Beramallah kerana Allah, bukan kerana Ramadhan. Semoga Allah merahmati dan memandu kita agar sentiasa di atas jalan kebaikan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN    
bit.ly/tadabburkalamullah

https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tadabbur Kalamullah:
☆Tadabbur Kalamullah 3 Syawwal 1437H☆

No comments: