وَأَنْجَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
"Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa"[Surah an-Naml 53]
#Allah swt memberi jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat kpd orang beriman dan yg bertaqwa. Kaum2 dahulu yg ingkar, tidak beriman dimusnahkan harta benda dan jiwa mereka oleh Allah swt.
#Sepanjang Ramadhan, kita memburu taqwa dan berusaha menjadi org yg benar2 beriman, sekarang Ramadhan sudah tamat, bagaimana kedudukan amal kita? Bagaiman kedudukan iman dan taqwa kita??
#Janganlah kita semua menjadi manusia2 yg merayakan hari aidilfitri dgn penuh gembira sehingga melupakan dan meninggalkan berbagai amalan yang telah digalakkan di bulan Ramadhan. Contohnya:
-Dah 4 hari kita beraya, besar kemungkinan dah 4 hari kita meninggalkan membaca al-Quran, meninggalkan solat witir, meninggalkan solat malam, meninggalkan solat dhuha, meninggalkan menuntut ilmu, meninggalkan berjemaah di masjid surau, meninggalkan zikir dan seumpamanya.
#Wahb ibnul Wardi pernah melihat sekelompok orang yg bersukaria dan tertawa di hari aidilfitri. Beliau pun berkata:
إِنْ كَانَ هَؤُلاَءِ تَقَبَلَ مِنْهُمْ صِيَامَهُمْ فَمَا هَذَا فِعْلُ الشَّاكِرِيْنَ وَ إِنْ كَانَ لَمْ يَتَقَبَّلْ مِنْهُمْ صِيَامَهُمْ فَمَا هَذَا فِعْلُ الْخَائِفِيْنَ
"Jika puasa mereka diterima di sisi Allah, apakah tindakan mereka tersebut (cara sambutan raya mereka) adalah gambaran orang yang bersyukur kepadaNya. Dan jika ternyata puasa mereka tidak diterima, apakah tindakan mereka itu adalah gambaran orang yang takut akan siksaNya." (HR al-Baihaqi, Lathaif al-Ma'arif).
#Kalau benar kita beriman dan bertaqwa maka kita wajib terima dan laksanakan semua perintah Allah dan kita takut utk buat dosa dan maksiat samada dlm bulan Ramadhan atau dibulan2 yg lain selagi kita masih hidup.
♡Burulah keselamatan hidup dgn menjadi manusia beriman dan bertaqwa. Sambutlah apa2 sambutan pun tapi jangan sampai terkeluar dari batas2 iman dan taqwa. Beramallah dgn amal yg soleh sepanjang hayat krn amalan2 itu merupakan penjana kpd iman dan taqwa♡
🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
Tadabbur Kalamullah:
☆Tadabbur Kalamullah 4 Syawwal 1437H☆
No comments:
Post a Comment