قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
"Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" [Surah al-Kahfi 66]
#Ayat ini tentang kisah Nabi Musa alaihissalam meminta izin utk belajar dan berguru dgn Nabi Khidir.
#Sbg manusia, kita dituntut utk belajar dan mencari ilmu sbg bekal utk mengharungi kehidupan dunia dan bekal utk guna selepas meninggal dunia.
#Walaupun Nabi Musa sudah bertaraf Nabi dan Rasul, Allah swt memerintah Nabi Musa agar berguru lagi dgn Nabi Khidir.
#Sepatutnya sbg seorang pencinta ilmu maka jgn pernah merasa kenyang dgn ilmu. Jangan pernah berasa cukup dgn ilmunya hingga nyawa terlepas dari tubuh. Carilah ilmu dan terus mencari hingga akhir hayat.
#Para ulamak sering berbahas dan bertukar2 ilmu. Al-Humaidi bercerita:
"Aku menemani Imam as-Syafie bermusafir dari Mekah ke Mesir. Sepanjang perjalanan beliau mendapatkan hadis daripadaku dan aku mendapatkan masalah2 fiqh daripadanya"
#Berkata Ulamak: "Jika seseorang pelajar memberikan sepenuh masanya utk ilmu, maka ilmu akan memberi sebahagian dirinya kpd pelajar itu".
*Kalau kita hanya cinta ilmu setengah2 masa shj, berapa ilmu yg kita akan dpt? Fikir2kanlah!!
♡Jom sentiasa menambahkan ilmu. Moga dgn ilmu kita dpt beramal dgn yakin dan sempurna. Belajarlah!!♡
*SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PARA PENDIDIK*
(Sumber: Ust Naim via Telegram)
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment