3 jenis kawan menurut Imam Al-Ghazali;
- Kawan yang pertama
Kawan yang ADA ILMU, bila kita berkawan dengan dia,dia sentiasa bagi ilmu
dan nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.
Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
- Kawan kedua
Dia TAK ADA ILMU, tapi kita ada ilmu dan DIA TERIMA ILMU dan nasihat agama
yang kita sampaikan kepada dia. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan
ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
- Kawan yang ketiga
Dia TAK ADA ILMU, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada
dia, dia TAK TERIMA dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka
ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.
Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi
manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara dan
tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.
(Dikongsi oleh Hamba Allah)