Search This Blog

Tazkirah: Doa

Petikan tazkirah Dr. Zaharuddin "Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan
oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya, contohnya berdoa agar
hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah SWTR rugikan bisnesnya
sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati
tenang dan khusyu', tanpanya (atau dengan bisnes lain yang lebih baik) apa
yang dipohonnya boleh diperolehi.

Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk
memaqbulkan doa kita sendiri.

Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu
bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir. 
Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. 
Itulah sifat Mukmin sejati.
sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ
لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ
خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya
kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu
bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar,
maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)