وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal
(Surah al-A'la, 17)
(Surah al-A'la, 17)
#Sehebat mana pun kita didunia, sekaya manapun kita di dunia, semewah manapun kita di dunia, sekuat manapun kita di dunia, setinggi manapun pangkat kita di dunia, semuanya hancur binasa. Yang kekal hanyalah kehidupan akhirat. Kehidupan yg abadi dan menjanjikan jutaan kebaikan kpd insan-insan yg soleh dan bertaqwa.
#Berkata Sayidina Ali: "Dunia pasti ditinggalkan pergi, sedangkan akhirat sudah siap menanti"
#Ingatlah, kematian yg bersalutkan iman dan taqwa akan pasti mendatangkan kenikmatan syurga dan keindahannya yg terlalu indah.
#Sabda Nabi saw: "Sesiapa yg ingin bertemu dgn Allah maka Allah amat kasihi utk bertemu dengannya. Barangsiapa yg benci utk bertemu dgn Allah maka Allah juga benci utk menemuinya" (HR Bukhari dan Muslim)
#Antara faktor yg boleh mengingatkan seseorang kpd akhirat, maka:
1. Seringlah ziarah kubur
2. Bacalah al-Quran dgn menangis (tadabbur)
3. Berkawan dgn org yg soleh
2. Bacalah al-Quran dgn menangis (tadabbur)
3. Berkawan dgn org yg soleh
Beramallah dgn bersungguh-sungguh dan jangan terpedaya dgn nikmat dunia yang sementara. Ingatlah bahawa kampung sebenar kita ialah akhirat. Burulah kebahagiaan hakiki di sana.