Menurut Imam Ghazali, cara mati akan menentukan bagaimana cara kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak.
Jika seseorang mati dalam keadaan baik - husnul khatimah ,maka dia akan dibangkit di padang mahsyar dalam keadaan baik juga. Sebaliknya, ada pula orang derhaka yang dibangkitkan mengikut keadaan perangainya di dunia.
Seterusnya bagaimana keadaan seseorang di padang mahsyar itulah yang akan menentukan pula bagaimana nasib grand finalenya - sama ada ke syurga atau neraka.Di sinilah berlakunya kira bicara, timbang duga dan penerimaan keputusan sama ada amal diterima dengan tangan kanan atau kiri.
Jadi sifir mudahnya begini: Cara hidup menentukan cara mati,cara mati menentukan cara dibangkitkan di padang mahsyar, cara dibangkitkan di padang mahsyar akan menentukan sama ada ke syurga atau neraka.
Semuanya berkait antara satu sama lain seperti susunan domino,yakni apabila pangkal betul,yang menyusul selepasnya pun betul.
Begitulah seterusnya.Tetapi sekiranya yang pangkal salah, semuanya akan salah dan begitulah seterusnya.
(Sumber : Ust Pahrol Mohamad Juoi)
No comments:
Post a Comment