Search This Blog
Link Murottal Al Qur'an 30 juz
Doa & Zikir Musafir
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Bismillaahi tawakkaltu 'alallahi laa haula walaa quwwata illaa billah.
Maksudnya : "Dengan menyebut nama Allah, yang tidak ada daya tidak ada kekuatan kecuali atas izin Allah."
Meaning: “In the name of Allah, I trust in Allah; there is no might and no power but in Allah.”
ref : myIslam.org
Zikir Pelindung / For Protection
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahilladzi laa yadhurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa' wa huwas samii'ul 'aliim.
Maksudnya : "Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Meaning : "In the Name of Allah, Who with His Name nothing can cause harm in the earth nor in the heavens, and He is the All-Hearing, the All-Knowing."
ref : sunnah.com
Doa Naik Kenderaan / Upon Taking Transport - Start Travelling
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Subhaanal ladzii sakhhoro lanaa haadzaa wa maa kunnaa lahuu muqriniin
Wa innaa ilaa robbinaa lamungqolibuun.
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya."
Meaning : "Glory unto Him Who created this transportation, for us, though we were unable to create it on our own. And unto our Lord we shall return."
ref : Quran, Surah Az-Zukhruf 43:13-14 & islamicfinder.org
Other duas from myIslam.org
Zikir Keluar Rumah
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، قَالَ: يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ، وَكُفِيتَ، وَوُقِيتَ، فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟
"Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa: bismillaahi tawakkaltu 'alallahi laa haula walaa quwwata illaa billah (dengan menyebut nama Allah, yang tidak ada daya tidak ada kekuatan kecuali atas izin Allah), maka dikatakan kepadanya, 'Kamu akan diberi petunjuk, kamu akan dicukupkan keperluan, dan kamu akan dilindungi'. Seketika itu syaitan-syaitan pun menjauh darinya. Lalu salah satu syaitan berkata kepada temannya, 'Bagaimana mungkin kamu boleh mengganggu orang yang telah diberi petunjuk, dicukupi, dan dilindungi (oleh Allah)'"
(HR. Abu Daud no. 5095, At Tirmidzi no. 3426; dishahih oleh Al-Albani dalam Shahih Abu Daud).
Tazkirah: Ganjaran Menunjukkan Kebaikan
Tazkirah: Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat
Media Sosial: Gunakan Dengan Bijak
Berikut ialah teks penuh khutbah Jumaat yang disediakan oleh Cawangan Khutbah & Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah PersekutuanJabatan Agama Islam Wilayah berjudul ;
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala titah suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kehidupan kita dilimpahi keberkatan dan kerahmatan. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Media Sosial: Gunakan Dengan Bijak”. Marilah kita sama-sama memberikan tumpuan, matikan telefon bimbit dan hayatilah khutbah yang disampaikan.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang menyeru manusia agar hidup dalam suasana
yang aman dan harmoni, tanpa perselisihan faham atau persengketaan.
Dewasa ini, perbalahan sesama manusia seringkali berlaku akibat daripada
pendustaan dan penularan maklumat yang tidak benar oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Dalam hal ini, Islam menyuruh kita supaya menyelidik
dan menyemak kesahihan atau kebenaran setiap berita yang diterima.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini; dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya);
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Imam Ibn Jarir rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini mengatakan,
“hendaklah kamu tabayyun dengan makna tangguhkan seketika maklumat
atau berita yang sampai kepada kamu sehingga kamu ketahui dan yakin
dengan kebenarannya. Jangan sekali-kali bersikap gelojoh untuk
menerimanya.”
Demikianlah yang diajar oleh Islam supaya kita tidak
bertindak dalam keadaan jahil dan terburu-buru.
Dalam era kecanggihan media sosial hari ini, amat mudah bagi
seseorang individu menyebarkan sesuatu maklumat kepada masyarakat.
Lihatlah pelbagai teori dan spekulasi dicetuskan oleh sesetengah pihak
dalam isu vaksin COVID-19 sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.
Jika kita amati di media sosial, ramai dalam kalangan kita yang terpedaya
malah secara tidak sengaja telah menjadi agen propaganda menyebarkan
maklumat tidak sahih dan meragukan. Justeru, sebagai muslim yang
bertanggungjawab, marilah kita pastikan segala maklumat yang disalurkan adalah tepat dan sahih.
Jauhilah sikap suka menjadi orang yang pertama
dalam menyebarkan sebarang maklumat tanpa terlebih dahulu meneliti akan
kebenarannya. Isu penyebaran ini dibimbangi ia adalah berita palsu yang
boleh mendatangkan keresahan dan panik dalam kalangan masyarakat
lebih-lebih lagi ketika negara kita masih lagi berhadapan dengan pandemik
COVID-19.
Renungkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
Bermaksud: “Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila
menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun).”
Oleh itu, marilah kita gunakan nikmat akal kebijaksanaan dalam
menilai dan memproses maklumat yang diperolehi sebelum ia disebarkan
kepada orang lain terutama di media sosial. Janganlah kita menjadi seperti
burung kakak tua yang hanya tahu mengulang kembali apa yang
didengarinya tanpa mengetahui apa-apa berkaitannya.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Islam amat menitikberatkan soal memelihara hubungan persaudaraan.
Justeru, sebagai seorang yang bertanggungjawab marilah kita
menggunakan telefon pintar dan media sosial sebaik mungkin sebagai
medium untuk membina dan merapatkan ukhwah di samping sentiasa
menjaga aib dan maruah. Ingatlah, banyak kesan buruk yang timbul akibat
sikap suka menularkan banyak perkara sehingga mencetuskan salah faham,
fitnah, prasangka buruk dan budaya mengumpat dalam kalangan pengguna
media sosial.
Di samping itu, janganlah kita mudah membuat sebarang komentar
yang berbaur kecaman kepada orang lain kerana ia hanya mencerminkan
keburukan akhlak diri sendiri. Sebagaimana kita beradab sopan dalam
kehidupan yang nyata, begitulah juga yang mesti kita lakukan ketika
bersosial di alam maya. Dalam pada itu, kita juga mestilah bijak
menggunakan pelbagai aplikasi yang ada dalam dunia siber menepati
hukum syarak dan mengikut peraturan atau undang-undang negara.
Mengakhiri khutbah, marilah kita mengamalkan sikap tabayyun dalam
menerima sesuatu berita supaya kita dapat menghindarkan diri daripada
menjadi penyebab kepada penyebaran berita palsu yang jelas akan
mengundang kemurkaan Allah SWT. Hayatilah firman Allah SWT dalam
surah al-Ahzab, ayat 58:
(doa-doa)
Rujukan :
e-Khutbah - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( www.jawi.gov.my )
Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?". Bersabda Rasulullah SAW, "Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka". Mereka bertanya lagi, "Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?". Bersabda Rasulullah SAW, "Dia termasuk penghuni syurga". (Sahih Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.
2. Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya)
3. Ada orang yang hanya mengerjakan amalan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa Ramadan, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang lain.
4. Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di media sosial seperti FB, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
5. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
a. "Humazah" merujuk seseorang pengumpat (termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan).
b. "Lumazah" menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya
Syed Qutb menyebutkan, ini gambaran manusia jahiliah dimana jiwa manusia yang lemah dan hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat dan mencemoh.
Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka al-Hutomah.
كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧) إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)
Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati. (7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Al-Humazah)
Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan tulisan. Sesungguhnya dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa tulisan berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam tanpa sempadan ini.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
drp Hamba Allah
14hb Jun 2020
22hb Syawal 1441H