Search This Blog

Asal Usul Ketupat

Belajarlah buat ketupat, elok hidangan ini ada pada setiap 1 Syawal. Hayati falsafahnya.
 والله أعلمُ
"Dan Allah Yang Maha Mengetahui"


SEJARAH DAN ASAL-USUL KETUPAT

Dikatakan ketupat diperkenal oleh tokoh Wali Songo Sunan Kalijaga (1450-1513) semasa kemasukan Agama Islam ke Tanah Jawa. Beliau membudayakan ketupat dan sehingga kini hidangan ini berkait rapat dengan tradisi masyarakat Melayu di Nusantara menjelang 1 Syawal. Ketupat yang mempunyai bentuk empat segi memberi maksud "laku papat" dalam bahasa Jawa atau empat tindakan yang diperkenalkan oleh Sunan Bonang.

"Laku papat" atau empat tindakan tersebut adalah lebaran, luberan, leburan dan laburan yang memberikan maksud - maksud yang tertentu

Lebaran, dari kata "lebar" yang berarti selesai. Ianya menunjukkan bahawa 1 Syawal adalah tanda selesainya menjalani puasa. Oleh kerana itu juga wujudnya sebutan "lebaran" yang dikaitkan dengan hari raya pada masa kini. Perumpaan juga merujuk kepada ketupat yang boleh dimakan setelah dimasak dalam santan yang putih.

Sunan Kalijaga membudayakan ketupat, di mana setiap rumah akan menganyam ketupat yang diperbuat dari daun kelapa muda.

Seterusnya ketupat yang selesai dimasak akan dihantarkan kepada mereka yang lebih tua sebagai simbolik kepada sebuah kebersamaan atau perhubungan atau jalinan sillaturahim.

Ketupat itu sendiri  memiliki beberapa maksud yang tersirat.

Anyaman daun pada bungkus ketupat mencerminkan berbagai macam kesalahan dan dosa manusia.

Nasi yang putih melambangkan kebersihan dan kesucian hati setelah memohon keampunan dari segala kesalahan.

Simboliknya ketupat dihubungkan dengan kemenangan umat Islam setelah sebulan menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan dan seterusnya disambut bermula 1 Syawal di Hari Raya Aidilfitri.

Ketupat pada masa dahulu kebiasaannya dihidangkan dengan lauk yang bersantan, maka dalam pantun Jawa pernah menyebut "Kupat santen", Kula lepat nyuwun ngapunten yang bermaksud "saya salah mohon maaf".

Sebagai tambahan, penggunaan janur sebagai kemasan juga memiliki makna yang tersembunyi. Janur dalam bahasa Arab yang berasal dari kata "jaa a al-nur" bermaksud "telah datang cahaya". Manakala masyarakat Jawa menyebut janur dengan sebutan "sejatine nur" (cahaya) . Dalam arti lebih luas janur berarti keadaan suci manusia setelah mendapatkan pencerahan cahaya selama sepanjang bulan Ramadhan.

*Teks dipetik daripada IslamPos.com 

Video berkaitan diterima menerusi Whatsapp pada 11 Syawal 1441H. 

No comments: