Search This Blog

Tazkirah: Penyakit Hati, Jangan Riak dgn Amalan

11 Rabiul Awal 1438H
11 Disember 2016M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sering kali manusia bimbang dengan penyakit tubuhnya. Namun Kekasih Allah sering bimbangkan penyakit hati ummatnya...

قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال:
 أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم 
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]

Syidad bin Aus RA berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata: "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya: "Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: "Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".
(Hadith Riwayat Ahmad)

اِنَّ اللّٰهَ عٰلِمُ غَيْبِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ  ؕ  اِنَّهٗ عَلِيْمٌۢ بِذَاتِ  الصُّدُوْرِ

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
(Fatir: 38)

Perhalusi suluhan pada hati mu...

وقال الإمام ابن القيم:
 إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

Ibnul Qayyim berkata:
"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (kerana tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamul lail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Kerana sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."
(Madarijus Salikin)

اُدْخُلُوْۤا اَبْوَابَ جَهَـنَّمَ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا   ۚ  فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِيْنَ

"Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekalah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam".
(Ghafir: 76)

4 penyakit serangkai yang paling merosakkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia...

1. Takabbur
2. Riya'
3. 'Ujub
4. Hasad dengki

Suluh hati mu dan rawatilah ia jika ada sifat-sifat itu...

Oleh itu, buanglah sifat-sifat mazmumah ini melalui ilmu dan beramal dengan ilmu. Hiasilah hatimu dengan sifat-sifat mahmudah semoga kuat jiwamu dan luhur akhlakmu.

Siapa saja boleh jadi alim asalkan ia belajar...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين , إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه " 
أخرجه البخاري في صحيحه : كتاب العلم : باب العلم قبل القول والعمل .

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, nescaya Dia fahamkannya akan agamaNya. Hanyasanya ilmu (dapat melalui jalan) belajar, dan kefahaman (melalui jalan) tafaqquh".

Walau apa pun latarbelakang mu...

Justeru, belajarlah. Habisi usia mu dengan belajar...


Sumber: Dikongsi oleh Bro Hussain

No comments: