Terdapat hadis yang menyarankan doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum melengkapkan salam:
Sabda Rasulullah sa.w. "Apabila kamu selesai membaca tasyahud akhir, hendaklah kamu berdoa memohon perlindungan kepada Allah terhadap empat perkara Berlindung daripada azab jahannam, daripada azab kubur, daripada ujian hidup dan mati, serta berlindung daripada
kejahatan al-masih ad-dajjal". (HR Muslim)
Dalam riwayat lain "Apabila kamu selesai bertasyahud, hendaklah memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara, baginda membaca Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati,
dan daripada keburukan fitnah masih ad-dajjal". (HR al-Bukhari dan Muslim)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِجَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Allaahumma inni a'uudzubika min 'adzaabil qabri wa min 'adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.
Artinya :
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati, dan daripada keburukan fitnah masih ad-dajjal.
Audio drp:
Ust Daud Abdullah, Pasir Mas, Kelantan
http://amalan-harian.blogspot.my/2012/04/doa-selepas-tahiyat-akhir.html
No comments:
Post a Comment