Search This Blog

Tazkirah: Syirik

☆Tadabbur Kalamullah:  22 Zulkaedah 1437H☆

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun" (Surah an-Nisaak 36)

#Syirik ialah menyamaratakan sesuatu dengan Allah swt dalam apa sahaja perkara yang khusus bagi Allah. Juga mempercayai ada makhluk lain atau benda lain yg turut berkuasa di alam ini. Juga mengatakan ada benda lain yang juga bersifat seperti Allah swt (Allah sama macam makhluk).

#Syirik merupakan dosa besar yang paling besar. Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw, "Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?" Baginda saw bersabda: "Engkau menjadikan sekutu bagi Allah, padahal Dialah yang telah menciptakanmu" (HR al-Bukhari dan Muslim).

#Perkara yang boleh membawa kepada syirik:

1. Mempercayai khurafat
2. Jampi sembarangan
3. Sihir
4. Jumpa bomoh
5. Ramalan- dakwa tahu perkara ghaib
6. Mengagungkan kubur orang tertentu
7. Merasakan ada hukum dan perintah lain yang lebih baik daripada hukum dan perintah Allah
8. Menghalalkan perkara yang Allah haramkan
9. Mengharamkan perkara yang Allah halalkan
10. Berdoa, meminta, mengeluh dan menyembah kepada selain Allah
11. Melampau/ghuluw dalam agama (memuja tokoh/berlebihan dalam amalan/mereka-reka amalan)

#Bahana syirik:

1. Dosa paling besar
2. Satu-satunya dosa yang tidak diampunkan Allah
3. Malapetaka di dunia
4. Terhalang menerima syafaat di akhirat
5. Haram ke syurga
6. Gugur segala pahala amalan lain
7. Kekal di neraka

#Jom amalkan doa agar kita dijauhi daripada syirik:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لا أَعْلَمُ

"Ya Allah, aku meminta padaMu agar dilindungi dari perbuatan syirik yang kuketahui dan aku memohon ampun padaMu dari dosa syirik yang tidak kuketahui". (Disebut dlm Musnad Abu Ya'la dan al-Bukhari dlm Adab al-Mufrad)

☆Syirik bakal menjahanamkan masa depan kita di akhirat. Berwaspada dengan perkara yang membawa kepada syirik. Jom jadi insan berilmu!!☆

Sumber:
🐊Ust Naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN    
bit.ly/tadabburkalamullah

https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

No comments: